Syabab Al-Fateh

kata-kata Syeikh As-Syibli ini :
Link

Apabila engkau telah mengecapi manisnya berhubung denganNYA pasti kamu mengetahui betapa pahitnya terputus hubungan denganNYA


Pertama kali aku membaca kata kata ini dalam blog sahabat aku,kredit pahala to her insyaAllah,hati ku mengangguk setuju,iman ku diam membeku bisu,nafsu seakan berhenti seketika seperti memahami perasaan aku,Ya Allah..pahitnya terputus hubungan denganmu,hati ini seakan dikoyak rabak, jiwa ini seperti dihiris tajam, Aduh!! Sakit Ya Allah..


Hampir dua tahun aku menanggung derita kemarau hati,derita yang dirasai tiada kesudahannya, detik pantas berlalu hambar, dua tahun hati aku ditutupi titik hitam, walaupun jasadku bebas namun aku tahu bahawa Iman ku dipenjara,iman ku diseksa..Aduh!! Sakit Ya Allah..


Sesekala aku bermonolog pilu “ kenapa dengan aku ni?apa dah jadi dengan aku ini? sampai bila aku harus seperti ini? kenapa aku asyik kalah je? Kenapa semakin hari aku semakin teruk ? ”


Ape kau pernah rase mcm aku rase? Kau tahu ke perasaan aku..ape kau ingat aku suke ke jadi camni?? Hari-hari aku di sajikan dengan dosa dan maksiat sehinggakan aku kini seperti dah tak rase ape2 dgn dosa..pernah kau rase? Wei!! Kau faham tak perasaan aku???????


Oh..kau kate kau faham..abis tu kenapa kau diam je bila tengok aku lalai?kenapa kau membisu terus bila kau tengok aku semakin jauh dari Allah? ape kau tak nampak aku tengah sakit ni wei!!?? Tak kan kau tengok je?? Tegurlah aku sahabat..aku perlukan kamu..aku sangat-sangat buntuhkan kamu..

Ku teringa Syair yg didendangkan oleh Wali Allah Rabiatul Adawiyah:


Wahai diri ini,


Berapa lamanya engkau perlukan bagi melelapkan dirimu,


Sampai bila pula dirimu akan terbaring,


Hampir sahaja dirimu terlelap lena dalam pembaringanmu,


Hampir juga terus engkau tidak mampu bangkit,


Kecuali tatkala sangkakala ditiupkan,


Ketika manusia lena dibuai nikmatnya tidur,


Maka Bangkitlah diri ini dan wajibkan dirimu,


Kerana diri ini akan mendatangiNYa..


Sampai bila aku mahu hidup macam ni kan? Aku tahu aku harus lawan semua ini..Seringkali aku katakana aku cintakan Allah,tapi sejauh mana kebenaran pengakauan aku tu..

Aku penipu!! Hipokrit..!! Mana mungkin aku boleh katakan aku cintakan Allah jika aku sentiasa kalah dan terus kalah, Masa tidurku lebih lama dari masa bermunajat dengan Penciptaku,masa mainku lebih lama dari mase untuk aku berzikir kepada Allah,masa berbualku lebih lama dari mase beribadah kepada Tuhanku,aku lebih gemar bermain facebook dan menonton telivisyen dari membaca al Quran..Tengok!! betul ke aku cintakan Allah!!!!!????

Sedarlah wahai umat Muhammad..Buktikan cinta kita pada Allah..huhuhu

p/s: Aku : Kita Semua

Syabab Al-Fateh

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Sekadar Renungan,
“Ia Iblis berkata: Ya Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka diBumi,dan aku akn menyesatkan mereka semua”

Surah Al-Hijr: ayat 39

Bermulanya kisah ini apabila Sang Hati sudah mula Jauh dari Sang Pemilik Hati,angkatan tentera di negeri “Titik Hitam” mula menjajah NEGERI yg diberi nama HATI..Lalu bermula lah peperangan antara Sang hati dengan Angkatan Tentera Negeri TITIK HITAM itu yg diketuai oleh Jeneral En.Syaitan,dibawah pimpinan angkatan tentera DiRaja Neraka yg dikendalikan oleh Leftenan Jeneral En.Iblis laknatullah,turut bersama mereka Leftenan Muda Yahudi dan sekutunya Sarjan Amerika,Maka masing-masing mula bergerak,mongorak langkah bersama menjayakan MISI MENGHANCURKAN IMAN di seluruh penduduk Negeri HATI.


Dentuman meriam mula kedengarah kuat.. BOOM!! Kini bnermulalah siri Penjajahan di Negeri HATI, Jeneral Angkatan Tentera DiRaja Neraka mula memberi ucapan kepada tentera-tenteranya:

“ Kamu dengar semua..!! Aku mahu kita lakukan yg terbaik utk kali ini, kamu kena ingat Janji Raja Kita Raja Azazil dihadapan tuhan Penduduk Negeri HATI,Raja Azazil berjanji akan menyesatkan anak adam hingga ke hari kiamat..!! Aku mahu Misi Kita untuk hancurkan iman penduduk Negeri HATI berhasil..!!! kamu faham semua??!!”

Lalu bersemangatlah tentera-tentera tadi sambil melaungkan:

“ Kami akan berjuang menyesatkan mereka hingga mereka tunduk kepada kerajaan kita!!!”


Kini plan tindakan dibuat bagi memudahkan mereka menakluk Negeri itu,Cadangan yg diUsulkan oleh golongan Syaitan mula bercambah,lalu diatur strategi oleh laksamana Nafsu yg terkenal dgn kegagahan dan semangatnya yg tidak pernah luntur.Perbentangan strategi Penaklukan Negeri Hati dibentangkan dihadapan seluruh pimpinan tertinggi Tentera DiRaja Neraka.


Selesainya perbentangan tadi,seluruh keturunan Syaitan dan Iblis serta Nafsu turun utk bekerjasama,Angkatan Tentera DiRaja Neraka mengatur langkah,Nafsu serakah turut bersama-sama mereka bagi menawan penduduk negeri HATI..bedilan meriam mula kedengaran kembali..tembak menembak kian rancak padu..dihantar pasukan risikan utk membawa idealogi Barat,pengaruh Yahudi dan Sekutunya Amerika melalui Serangan Pemikiran..Pemikiran Penduduk Hati Mula Hancur lebur,ada dikalangan mereka mula meyerah kalah dan tunduk kepada penjajahan itu.


Setelah beberapa hari peperangan berlalu,maka banyaklah tahanan perang yg dipenjarakan..dibelai dgn hasutan berbaur kemaksiatan,diberi minum Sifat Dengki,sombong,Riak,ujub dan takabbur,diberi makan kelazatan mengumpat,mencaci,memfitnah dan khianat..pada hari berikutnya,leftenan Jeneral Pasukan tentera DiRaja Neraka memberi ucapan kepada seluruh tahanan di Negeri HATI:

“Wahai seluruh penduduk negeri ini,sedarlah bahawa kalian semua dibawah penaklukan kerajaan kami!! Sesiapa yg berani utk meninggalkan islam aku akan memberi ganjaran kepada kamu!! Ganjarannya adalah dibawa khas dari Negeri Israil dan sekutunya Amerika,kamu semua akan dihidangkan dengan hiburan-hiburan yg sudah pasti sesuai dgn jiwa kamu,kami akan berikan hadiah segala pangkat dan kekayaan yg kalian idam idamkan!! Tapi dengan syarat,kalian mesti mengikut semua arahan aku!!!!”


Penduduk Negeri HATI akhirnya termakan hasutan dan ganjaran yg diberikan,berbekalkan hati yg sudah hitam kelam,dosa yg tinggi menggunung..Iman yg kian rapuh hancur dimamah bara api maksiat,nilai-nilai Islam sudah mula ditinggalkan..Budaya barat mula diamalkan..maka KEHANCURAN yg besar telah berlaku di Negeri HATI yg asalnya dulu disirami benih iman,yg dibajai dgn baja taqwa dan mula subur mekar dgn nilai-nilai Islam.Tapi!!! akhirnya hancur lebur!!!

NANTIKAN SAMBUNGAN..BAGAIMANA PENDUDUK NEGERI HATI YG MULA SEDAR..DAN BANGKIT MENENTANG KERAJAAN SYAITAN LAKNATULLAH…OK..SELAMAT MEMBACA!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...