Syabab Al-Fateh

Sekadar Renungan,
“Dan siapakah yg lebih zalim drpd org yg telah diperingatkan dgn ayat-ayat Tuhannya,kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, kami akan memberikan balasan kpd org-org yg berdosa”
(As-Sajdah ayat 22)

Assalamualaikum..MySpace
hari ni aku nak kongsi sesuatu ngn korang,tapi ade satu syarat,syaratnya korang kena baca sampai habis la entry aku ni,sbb kalau korang baca separuh jalan je mgkn korang tak akan faham,pastu mulalah berprasangka songsang pd aku,hoho..Na’uzubillahi min Zalik.Apa-apa hal korang baca la dulu dgb penuh kesabaran,ala..bkn lama pon korang nk spend mase baca blog aku ni..just lam 5minit camtu je..ok..??

MySpace Letih
Letih sgt apabila memikirkan tntg diri aku,terkadang aku termenung panjang,pelbagai persoalan seakan-akan menumbuk-numbuk di benakku,persoaln yg aku sendiri pun runsing utk meleraikannya,seakan aku tertipu dgn diri aku sendiri.Tapi tak akan aku sebodoh itu utk tertipu dgn lamunan yg ntah apa-apa ni.terkadang aku bermonolog sendirian “apa la nak jadi dgn ko ni syabab,kadang-kadang aku tgk ko baik,tp knp tiba-tiba ko berubah,pastu jadi baik blk,sbnarnya ko ni baik ke jahat syabab??” seketika ku tersentak,yelah kan,aku pun tak pasti aku ni baik atau pura-pura cam baik,hipokrit.Adui..letih-letih.Ya Allah hanya Kau yg mampu meleraikan persoalan ini,bantulah aku untuk kenal siapa diri aku yg sebenar-benarnya.Antara Muslim semata-mata atau muslim yg mukmin.

MySpaceHipokrit,
“Apa yg blh aku ckp,ko mmg hipokrit syabab..!!” aku bermonolog lg.Alahai knp la aku menghukum diriku sendiri sbgai golongan yg berpura-pura.Alangkah bodoh dan jahilnya aku,membuka aib sendiri,tak ke tu nama kerja yg sia-sia?Sedangkan Islam pun melarang keras umat manusia membuka aib dan kesalahan yg dilakukannya dgn memberitahu kpd org lain.Dah la blog ni very2 open,satu dunia blh baca ko punya penulisan tau tak??,tak ke itu memalukan??Knp la ko ni bodoh sgt syabab??knp ko kata yg ko ni “HIPOKRIT”.Haha..tak lah,Don’t jugde it only by my writing ok,sabar dulu,ni aku nk citer pd korang knp aku kata yg aku ni hipokrit.

MySpacePesan Naqibku,
Dulu zaman sekolah menengah,time tu aku form4,aku ade join halaqoh(Majlis Ta’alim) yg di anjurkan oleh pihak sekolah,tp aku bertuah sgt-sgt,korang nk tahu knp??Yelah..apa ketidaknya,sume kwn-kwn satu halaqoh ngn aku sume muka cam ahli syurga,hehe.sumenya baik-baik.Apa yg pasti aku syg sgt-sgt pd diorang.Kamal,Muaz,Firdaus,Aiman,Zuhhad,Hafiz,Ehsan,Ailani,Mohsein dan Shahrir.Itu lah nama-nama yg akan aku ingat sampai bila-bila,I miss them very2 much!!.Diorang la my BFF(Best Friend Forever),Tempat aku berkongsi masalah,bercerita,berlawak bodoh dan berkongsi ilmu.Mereka sume dh hampir berjaya,sume akan sambung pengajian ke timur tengah.Aish..Lari topic la plak,ok,dah-dah syabab,tak yah la ko nk cerita sal kwn-kwn ko lak kt sini,hape ko ingat ni program jejak kasih ke dik oi??ok..Cuma korang bacalah betul-betul pesan naqib aku ni,pastu ikut suka hati jiran tetangga jawatan kuasa kampung korang la nk tafsir camne pom..

MySpaceTertekan,
Jiwaku menangis tertekan,aku tidak mampu lg untuk menghadapi semua ini,aku tidak sanggup utk terus ditikam oleh soalan-soalan yg mampu melunturkan mahmudah yg ada pd diriku ini.Aku tidak mahu digelar hipokrit krn tidak istiQomah dlm setiap tutur kata yg ku ungkapkan,aku tidak mahu dilabel sebagai golongan “ckp tak serupa bikin”sungguh,Aku runsing dan kecewa dgn apa yg terjadi.Aku mula termenung,mula mengamati kata-kata yg prnh aku dengar dulu.

“Syabab,cukuplah berpura-pura pd diri sendiri,tak payahlah hipokrit didepan Allah,kembalilah kpd fitrah kita yg sebenar,jadi la diri enta yg sebenar” Kata-kata yg cukup berbekas di hati aku.

“Mengapa abg amir ckp aku hipokrit??betul ke selama ini aku telah berpura-pura??Astarghfirullah..apa yg telah aku lakukan ni,tuhan maafkanlah aku” hatiku bermonolog sendirian.

Aku kembali bertanya “Hipokrit..?? apa yg enta maksudkan??” aku buat-buat tanya krn mahukan kepastian.

“Camni syabab,enta kena ingat bahawa kita dilahirkan dgn keadaan yg baik,dan fitrah kpd seorang manusia itu semestinya sukakan kebaikan,jika ditanya pada perompak sekalipun adakah dia mahu masuk ke syurga??sudah pasti dia mahu bkn??Jadi ini menunjukkan bahawa fitrah kita adalah cintakan kebaikan walaupun perbuatan kita tidak sama dgn apa yg kita ungkapkan” abg amir mengulas panjang.

“maksudnya??” aku kembali bertanya.

“maksudnya amat senang syabab,enta tak payahlah berpura-pura berperangai buruk,ana tahu enta sebenarnya baik,mengapa perlu berlagak jahat sedangkan fitrah kita adalah baik,akhlak yg baik akan terzahir dari hati yg suci yg sentiase berzikir mengingati Allah,manakala akhlak yg buruk itu adlah perangai syaitan yg lahir dari hati yg gersang dari mengingati Allah,jadi knp kita perlu berpura-pura berperangai buruk seperti syaitan??” terang abg amir sambil tersenyum.

Seketika lidahku kelu memikirkan apa yg dikatakan oleh abg amir,fikiranku jauh melayang sambil tersenyum hambar,mengoreksi diri.
MySpaceMySpace

Sekadar Renungan,
“Dan (alangkah ngerinya),jika sekiranya kamu melihat org-org yg berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan tuhannya,(mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami(ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan.Sungguh, kami adalah org-org yg yakin”
(As-Sajdah ayat 12)
Syabab Al-Fateh



MySpace MySpace MySpace
SAMBUNGAN..

Petang setiap hujung minggu biasanya ramai yg mengambil peluang utk beristirehat setelah seminggu bertungkus lumus menuntut ilmu,ada yg membaca buku-buku dan komik,ada yg mengemas katil dan almari masing-masing dan ada juga yg mengambil kesempatan utk turun bermain,permainan bola sepak sudah sinonim dgn pelajar di sekolah itu.Biasanya padang sekolah akan dimonopoli oleh golongan senior dan golongan junior hanya bermain di ruang kosong di tepi padang atau di tepi blok-blok kelas.Walaupun tempat untuk golongan junior bermain agak sempit dan kurang selesa, tapi itu cukup mengembirakan mereka krn dapat juga mengisi waktu petang dgn bermain bersama kawan-kawan.Seperti rakannya yg lain,Syabab juga amat meminati bola sepak,hampir setiap petang syabab turun bermain bola, tapi tidak pd petang itu,syabab terpaksa menangguhkan dulu niatnya untuk turun bermain,ini kerana Syabab mahu memersihkan dulu kotoran yg melekat pada baju sekolahnya gara-gara berebut ketika membeli makanan dikantin sekolah pagi td.Dengan bertuala putih syabab mencapai satu baldi merah yg berisi baju,sabun dan berus yg tersimpan ditepi katilnya yg agak bersepah dgn selerakan baju dan buku-buku akademik,dengan pantas Syabab berjalan bergegas ke bilik air.Untuk memudahkan kotoran dibaju hilang,syabab merendam dulu baju yg kotor itu beberapa minit sebelum membasuhnya.Jika diikutkan kata hati ingin saja syabab bergegas turun kepadang..
MySpace MySpace MySpace
“syabab, rajinnya membasuh..boleh bt menantu ni(sambil tersenyum)..enta free tak ptg ni??”seungkap soalan menyapa ditelinga syabab,syabab berpaling laju.Senyuman terukir dibibir syabab. “oh..enta kamal,ingatkan siapa td,ni hah baju kotor,takut dibiarkan lama-lama nanti susah plak nk hilang kotoran tu” Syabab terus menjawab sambil tangannya mencapai seketul sabun dan berus utk membasuh baju yg direndamnya td. “Yelh..tp mcm mana dgn soalan ana td..enta free tak ptg ni?? Ana ingat nak ajak enta pergi suatu tempat ni..itu pun jika enta nk ikut,jom la syabab” kamal kembali bertanya menunggu kepastian.Syabab terdiam kelu..niat dihati untuk turun kepadang bersama kwn-kwn yg lain tp kamal pula mengajaknya.“mm..ana ingat nk main bola nanti selepas selesai basuh baju ..mm..enta nk ajak ana pg mana?? Bunyi cam seronok je..”syabab menjawab..kelihatan muka syabab sedikit berubah kehairanan dgn pelawaan kwnnya itu.Ahmad kamal Bin Abdullah adalah antara pelajar yg dihormati dan disegani di sekolah kerana sikap dan akhlaknya yg begitu baik membuatkan ramai yg menyukainya dan mendampinginya.Kamal juga seorang yg pendiam,diam-diam ubi berisi,kamal juga antara pelajar terbaik di sekolah. Jadi tidak hairanlah jika syabab sedikit terkejut dgn pelawaan kamal td. “sbnarnya ana nak ajak enta sertai haloqoh kami,kami nak buat halaqoh bersama-sama abang amir,enta nak ikut? Jom la syabab,lagi ramai yg menyertainya lagi seronok” kamal menjawab lalu tersenyum dgn harapan agar syabab menerima ajakannya td. “tengok la mcm mana..ana tak janji,kalau ana rasa nak dtg nanti ana bgthu enta kemudian ok” Syabab menyusun kata-katanya..takut juga kamal terasa hati dengan jawapan yg dia beri.Perbualan mereka berdua terhenti disitu,kamal terus tersenyum sambil mengorak langkah keluar.Syabab kembali membasuh bajunya lalu diperah dan menjemur baju yg dibasuhya td di ampaian di belakang blok A asrama putera.Alhamdulillah siap juga,boleh la aku main plak lepas ni,bisik hati kecilnya sambil melangkah menuju ke dorm.

Haa..cerita kat atas tu la permulaan pada perubahan diri aku,tu mase aku form3..tapi korang ingat senang ke nk berubah??hidayah bkn ade jual kat supermarket pon..susah dowh..!! dah la kena tukar mcm2..xsyok la hidup kalu dh xde keseronokan..so..kalu korang nk taahu cerita seterusnya..nantikan di episode akn dtg ye..2 pon kalu korang masih lg berminat la..aku x paksa pon..ok..??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...