Syabab Al-Fateh

Wahai insan Allah kamu akan berhijrah ke Alam baru iaitu Alam Akhirat, kamu akan dihadapkan pada Sang Penguasa di hari pembalasan serta para Malaikatnya dan Rasul-Rasulmu turut serta. Apabila kamu disoal atau ditanya, jawablah dengan betul lagi benar, jangan sesekali Sifatnya sendiri yang menjawab persoalan, kelak kamu akan terseksa, kerana kamu masih berbohong di hadapan yang berkuasa. Janganlah kamu takut apabila berada disana, kerana Rasulmu turut ada. Mengakulah semata-mata benar, mengakulah semata-mata salah, andai yang salah kamu masih tidak akui, ketahuilah olehmu, maka Sifat Tuhan mu, yang nyata pada mu, yang akan membuat pengakuannya, maka binasalah dirimu kelak, Tangan akan bebicara, Mata akan berbicara, Telinga akan berbicara, Kaki akan berbicara, Kemaluan akan berbicara, Mulut akan akui, maka bertambah sengsaralah diri mu, berbohong di hadapan yang berkuasa, maka sayulah hati Rasul mu.

Wahai mahkluk yang bernama Insan, wahai Insan yang bernama Hamba, wahai Hamba yang bernama Manusia, wahai Manusia yang diberi Nama, ingatlah dengan Rasulmu, setiap soalan dijawab satu-persatu semasa di Dunia, semasa Sendiri, semasa Sunyi, semasa Sepi, semasa Gembira, semasa Duka, semasa dengan Dia, semasa Denganya, semasa dengan Mereka, semasa dengan Semua, semasa dengan Kamu, semasa dengan Ku, berkata benarlah engkau wahai Manusia yang bernama, ini kerana segala kelakuan engkau didunia dikira, perhitungan yang sangat lama, kesalahan kecil di Ungkit semula, tiada amalan maka menjadi Hina, berhati-hati dan Tertib dengan Agama Syurga tempatnya.

Wahai Manusia yang diberi nama, kamu akan melalui Ambang Kiamat yang Dashyat. Alam Ini, kini menanti arahan TuhanNya, kamu pula menjadi saksi yang nyata dan terus pulang ke tempat yang lapang. Tika itu kamu tiada apa-apa Keistimewaan seperti didunia, tidak berbaju tiada berpakaian, tiada Ilmu tiada Amalan, tiada Saudara tiada Kenalan, yang kau bawa adalah Dosa dan Pahala. Amalan mu didunia sudah dihitung, kelak menunggu untuk dibicara. Wahai Insan inilah akhirnya dunia dan kiamat pasti kau jumpa.

Wahai manusia yang diberi Nama, sebelum pergi Peringatan telah diberi, sebelum datang Undangan sudah sampai. Sucikan hati mu, bersihkan jiwamu, kamu sekadar Nama, Jasad pula Sifat yang esa, kelak nanti kamu tak kenal diri mu, kelak nanti kamu tak kenal Rasulmu, kelak nanti kamu tak kenal Tuhan mu. Bersihkan hatimu apabila menghadap Tuhan yang satu, kerana Hati mu kelak engkau ke Neraka, kerana Hatimu kelak engkau mendapat Syurga, pilihlah yang mana satu, jangan kau pilih tempat yang Rasul dan Tuhan mu tidak Suka, kelak engkau binasa. Semoga engkau mendapat keredhaan yang Esa, semoga engkau mendapat Pengampunan yang berkuasa, semoga Rasulmu menyebelahi dirimu, jangan kau lupa Kalimahnya, ia Rasul yang benar lagi berterima kasih. Kasihanilah Jasad mu, kasihanilah dirimu sepertimana Tuhanmu mengasihi Rasulmu.
Syabab Al-Fateh

Jap..ni bukan jiwang..baca dulu insyaAllah akan faham..Sebagai seorang muslim yang betul-betul beriman kepada Allah swt,semestinya ana mengharapkan bakal isteri ana seorang muslimah yang memperjuangkan islam,yang hidup matinya hanya kerana Allah,dan seorang muslimah yang sebenar-benarnya menjadi sayap kiri perjuangan ana,yang memahami setiap liku perjuangan yang bakal ditempuh bersama,seorang muslimah yang di malam harinya sentiase mengharapkan keampunan dan kekuatan dariNya,dan yang akan menuju ke syurga nan abadi..bagi ana,berhubung dan menaruh harapan dan perasaan sebelum adanya ikatan yang sah..sudah pasti akan melalaikan hidup ana..sudah tentu membuatkan ana begitu hina di hadapan Allah..layakkah ana digelar seorang pejuang islam jika hati masih kotor??layakkah ana untuk mentarbiah manusia jika ana sendiri yang masih bergelumang dengan dosa?? Mana mungkin hati yang ingin ditarbiah terdidik jika kita sendiri yang mempunyai hati yang bermasalah..

Carilah pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah..kerana Dialah yang mengatur kehidupan kita..kebahagiaan itu datang dari Allah,dan pasti kita yang akan merasai kebahagiaan itu,dan kebahagiaan yang akan dicapai memerlukan 1001 pengorbanan..perihal jodoh sudah ditetapkan sejal azali..tidak perlulah kita mengharap kepada sesiapa kerana itu semua adalah ujian untuk kita,perasaan adalah ujian untuk kita..insyaAllah akan datang ada yang terbaik yg telah Allah tetapkan untuk kita..Apa yang perlu sekarang yakinlah dengan Allah..laki-laki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya..InsyaAllah (^_^)
Syabab Al-Fateh


Ya Allah..
Segala puji untukMu Tuhan yg mengatur segala kehidupanku,
Tuhan yg menetapkan ajal dan mautku,
Aku bersyukur kepadaMu dengan apa telah engkau berikan kepada aku,
Segala nikmat yg Engkau berikan kepada aku cukup membuktikan betapa Engkau kasih terhadap diriku,
Setiap helaan nafasku ini cukup membenarkan Engkaulah Ar-Rahman..

Ya Ghafur..
Didalam kekerdilan diriku ini..didalam kehinaan diriku ini..jua kedhaifan aku sebagai seorang hamba..aku datang kepada Mu Tuhan..
Aku pohon..aku rayu..aku mengadu kepadaMu Ya Robb agar Engkau mendengar luahan hatiku ini..Kerana aku tahu hanya Engkau yg mampu menghilangkan keresahan hati ini kerana Engkaulah Tuhanku..

Ya Muhaimin..
Aku tahu Engkau tidak akan menguji aku apa yg tidak aku terdaya,
Namun aku tidak mampu untuk bertahan lagi,
Aku tidak sanggup diuji dengan ujian yg telah Engkau berikan kepadaku,
Bukan aku tak redha..tapi aku hanya ingin mengadu kepadaMu..

Ya Rahman..
Aku tahu aku diuji dengan perasaanku..aku lemah Ya Allah..
Aku diuji dengan perasaanku sendiri..
aku tertipu dengan khayalan yg aku angan-angankan..
aku tertipu dengan impian yg aku cipta..
aku tertipu dengan harapan yg aku bina selama ni..
Tuhan..kurniakanlah aku kekuatan..

Ya Rahim..
Aku pohon Ya Allah..
Berikan aku ketabahan..
Berikan aku kesabaran..
Aku tak mampu lagi Ya Allah..
Haruskah aku bersedih kerana ini..
Perlukah ku tanggung semua ini Ya Allah..
Berikanlah aku jalan peyelesaian yg terbaik Ya Allah..
Agar aku bisa tersenyum kembali..Amin Ya Robb..
Syabab Al-Fateh

Ikatan ukhuwah yang paling rendah adalah salamatus sodri (lapang dada) manakala kemuncaknya adalah ithar (melebihkan sahabat dari diri sendiri). Kebencian tidak akan dapat dipadamkan dengan kebencian, begitu juga emosi tidak mungkin dapat dikawal dengan emosi . Ramai orang lebih suka untuk difahami, tapi berapa ramai orang yang sudi untuk memahami. Begitu juga ramai orang yang lebih suka menerima daripada memberi, ramai juga yang kerjanya hanya menunggu daripada memulakan sesuatu. Sebab itulah adakalanya kita begitu cepat menghukum orang lain dengan melihat satu aspek sahaja dan kurang memerhatikan aspek yang lain (tasawwur yang sebenar). Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan, tapi janganlah dengan sebab kekurangan kita menjadikannya sebagai peluru untuk menyerangnya sehingga menghijab segala kebaikannya hanya kerana kita ingin menang..
Syabab Al-Fateh

Jika hatimu merinduiku,maka didiklah hatimu agar merindui akan alunan ayat-ayatAllah SWT..

Jika hatimu sentiasa mengingatiku,maka didiklah hatimu agar sentiasa mengingati akan peringatan-peringatan dari Allah SWT dan Rasulmu..

Dan jika engkau benar-benar mengasihi,menyintai dan menyayangi diriku ini,maka aku memohon agar kau letakkan cinta kepadaku itu pada tingkatan cinta yang paling bawah,agar cintamu kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW terus teguh berada di tingkat yang paling atas pada tingkatan cinta hatimu itu..

Sesungguhnya aku amat kasih kepadamu,lantaran itu aku mahukan yang terbaik untukmu..
Biarlah syariat yang mengadili cinta kita,agar tidak menuju kepada kemarahan sang pencipta sekalian alam ini..

Ketahuilah bahawa cinta insan yang paling setia dan benar adalah cinta selepas nikah iaitu cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami.Ingatlah tiada cinta yang halal sebelum nikah melainkah hanya dengan terjadinya akad.Salurlah cintamu pada landasan yang betul wahai sahabatku.InsyaAllah.

Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah..Hanya Dia yang berhak menentukannya..Ingatlah cinta Allah itu yang hakiki..Semoga kita beroleh cinta itu insyaAllah..Ikutlah kata imanmu,,pasti kebenaran yang engkau dapat..agar kemanisan itu milik kita sebagai seorang pejuang..AllahuAkbar!!!
(SEKADAR UKIRAN KATA2,UNTUK RENUNGAN,TIADA KAITAN DENGAN BLOG OWNER)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...