Syabab Al-Fateh



Cinta..fitrah insan..sangat indah..amat asyik..Allahu Rabbi..

Namun, disebalik sebuah kisah cinta itu, terselit secalar kegelisahan dan kebimbangan di hati seorang mukmin. Tatkala hati suci itu diketuk oleh cinta seorang yang tidak halal buat dirinya, pasti hatinya penuh rasa getar dan takut.

Pelik bukan? Mana mungkin seseorang itu apabila jatuh cinta, hatinya penuh dengar onar-onar kedukaan dan kesedihan. Sepatutnya senyuman yang paling manis terukir dibibir dan kegembiraan melakar indah pada wajahnya.Sudah pasti hati ini ingin memberikan sepenuh kasih dan sayang kepada dirinya. Ingin sekali merinduinya sentiasa, ingin sekali bersua muka dengannya, lantaran mabuk terkena panahan jarum-jarum cinta. Nikmat bukan apabila terkena haruman cinta?

Mukmin itu cintanya bulat kepada Allah, Seseorang apabila sudah tenggelam ke dalam lautan cinta Allah, pasti dirinya keluh kesah apabila hatinya dicuri oleh seorang hamba yang tidak halal baginya. Mana mungkin hatinya bisa tenang dan tenteram apabila diganggu oleh embun-embun rindu kepada si dia. Mana mungkin Mukmin itu masih mampu tersenyum saat cintanya kepada Allah disirami dengan racun dan duri cinta yang tidak halal untuknya.

Tiada senyuman bahagia terukir dibibirnya, tiada rona-rona malu melakar diwajahnya, tiada ketenangan pada raut wajahnya, Yang ada hanyalah ketakutan yang teramat sangat apabila cintanya kepada Allah mula diracuni, Yang ada adalah malam-malam yang penuh dengan airmata penyesalan. Cintanya tidak lagi sesuci embun pagi apabila rindu mula mendiami dan berlegar-legar di dalam hatinya , perlahan-lahan rindu itu menghakis kesucian cinta Ilahi yang gagah terbina dulu.

Bukan!! Bukan cinta dan rindu itu yang dinantikan, bukan harapan untuk sentiasa ada dihatinya, Tiada kata-kata rayuan yang dipinta, Yang ada adalah kesakitan yang amat dalam, keperitan yang amat tajam, Kesedihan yang amat terperi seakan-akan menikam-nikam.

Alangkah kasihan mukmin itu, Ketenangan yang dimiliki dulu dirampas, kebahagiaan dulu dihakis-hakis lebur bagaikan debu. Maka bersabar lah duhai Mukmin, mintalah Allah untuk membersihkan hatimu dari kepalsuan cinta yang tidak halal untukmu. Teruskanlah untuk mematikan rasa itu dengan menanam sedalam-dalamnya cinta kepada Allah.

Usahlah dikau bersedih jika kau kehiangan dirinya kerana menuju ketaqwaan kepada Allah, pasti pengorbanan yang dikau lakukan berbuah hasil.Pasti Allah mejanjikan untuk dirimu seorang insan yang juga bertaqwa untuk menjadi peneman hidupmu kelak, dan sudah pasti insan itu adalah yang terbaik untuk dirimu.Dan pasti si dia akan menyanyangi dirimu kerana Allah,merinduimu dengan penuh rasa kasih kepada Allah.Maka saat itu lah kamu betemu dengan kebahagian yang halal untukmu.Yakinlah pilihan Allah itu sentiasa menunggu dirimu.Pasti menunggu dengan penuh rasa sabar untuk menanti saat dua hati mula bersatu.Biarlah Allah yang tahu betapa dia terlalu menyanyangi dirimu dan biarlah Allah menjadi saksi dan perantaraan buat kamu dan dia.

“ Ketahuilah, walau jutaan tangan yang datang menghalang kamu dan dia untuk bersatu, akan tetapi jika Allah telah takdirkan si dia untuk kamu, pasti Allah akan satukan kamu walaupun pahit dan payah. Dan ketahuilah jua, walau berjuta tangan yang datang untuk satukan kamu dan dia, akan tetapi jika Allah takdirkan dia bukan untuk kamu, pasti kamu tidak akan bersatu, maka dengan itu perbanyakkan berdoa agar Allah memilih dia untuk kamu, dan apabila Allah sudah memilih dia untuk kamu, maka bersyukurlah dan terimalah dengan hati yang penuh dengan keikhlasan dan keredhaan, kerana dia adalah pilihan dari Allah..Terima kasih Allah ”


Syabab Al-Fateh

kata-kata Syeikh As-Syibli ini :
Link

Apabila engkau telah mengecapi manisnya berhubung denganNYA pasti kamu mengetahui betapa pahitnya terputus hubungan denganNYA


Pertama kali aku membaca kata kata ini dalam blog sahabat aku,kredit pahala to her insyaAllah,hati ku mengangguk setuju,iman ku diam membeku bisu,nafsu seakan berhenti seketika seperti memahami perasaan aku,Ya Allah..pahitnya terputus hubungan denganmu,hati ini seakan dikoyak rabak, jiwa ini seperti dihiris tajam, Aduh!! Sakit Ya Allah..


Hampir dua tahun aku menanggung derita kemarau hati,derita yang dirasai tiada kesudahannya, detik pantas berlalu hambar, dua tahun hati aku ditutupi titik hitam, walaupun jasadku bebas namun aku tahu bahawa Iman ku dipenjara,iman ku diseksa..Aduh!! Sakit Ya Allah..


Sesekala aku bermonolog pilu “ kenapa dengan aku ni?apa dah jadi dengan aku ini? sampai bila aku harus seperti ini? kenapa aku asyik kalah je? Kenapa semakin hari aku semakin teruk ? ”


Ape kau pernah rase mcm aku rase? Kau tahu ke perasaan aku..ape kau ingat aku suke ke jadi camni?? Hari-hari aku di sajikan dengan dosa dan maksiat sehinggakan aku kini seperti dah tak rase ape2 dgn dosa..pernah kau rase? Wei!! Kau faham tak perasaan aku???????


Oh..kau kate kau faham..abis tu kenapa kau diam je bila tengok aku lalai?kenapa kau membisu terus bila kau tengok aku semakin jauh dari Allah? ape kau tak nampak aku tengah sakit ni wei!!?? Tak kan kau tengok je?? Tegurlah aku sahabat..aku perlukan kamu..aku sangat-sangat buntuhkan kamu..

Ku teringa Syair yg didendangkan oleh Wali Allah Rabiatul Adawiyah:


Wahai diri ini,


Berapa lamanya engkau perlukan bagi melelapkan dirimu,


Sampai bila pula dirimu akan terbaring,


Hampir sahaja dirimu terlelap lena dalam pembaringanmu,


Hampir juga terus engkau tidak mampu bangkit,


Kecuali tatkala sangkakala ditiupkan,


Ketika manusia lena dibuai nikmatnya tidur,


Maka Bangkitlah diri ini dan wajibkan dirimu,


Kerana diri ini akan mendatangiNYa..


Sampai bila aku mahu hidup macam ni kan? Aku tahu aku harus lawan semua ini..Seringkali aku katakana aku cintakan Allah,tapi sejauh mana kebenaran pengakauan aku tu..

Aku penipu!! Hipokrit..!! Mana mungkin aku boleh katakan aku cintakan Allah jika aku sentiasa kalah dan terus kalah, Masa tidurku lebih lama dari masa bermunajat dengan Penciptaku,masa mainku lebih lama dari mase untuk aku berzikir kepada Allah,masa berbualku lebih lama dari mase beribadah kepada Tuhanku,aku lebih gemar bermain facebook dan menonton telivisyen dari membaca al Quran..Tengok!! betul ke aku cintakan Allah!!!!!????

Sedarlah wahai umat Muhammad..Buktikan cinta kita pada Allah..huhuhu

p/s: Aku : Kita Semua

Syabab Al-Fateh

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Sekadar Renungan,
“Ia Iblis berkata: Ya Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka diBumi,dan aku akn menyesatkan mereka semua”

Surah Al-Hijr: ayat 39

Bermulanya kisah ini apabila Sang Hati sudah mula Jauh dari Sang Pemilik Hati,angkatan tentera di negeri “Titik Hitam” mula menjajah NEGERI yg diberi nama HATI..Lalu bermula lah peperangan antara Sang hati dengan Angkatan Tentera Negeri TITIK HITAM itu yg diketuai oleh Jeneral En.Syaitan,dibawah pimpinan angkatan tentera DiRaja Neraka yg dikendalikan oleh Leftenan Jeneral En.Iblis laknatullah,turut bersama mereka Leftenan Muda Yahudi dan sekutunya Sarjan Amerika,Maka masing-masing mula bergerak,mongorak langkah bersama menjayakan MISI MENGHANCURKAN IMAN di seluruh penduduk Negeri HATI.


Dentuman meriam mula kedengarah kuat.. BOOM!! Kini bnermulalah siri Penjajahan di Negeri HATI, Jeneral Angkatan Tentera DiRaja Neraka mula memberi ucapan kepada tentera-tenteranya:

“ Kamu dengar semua..!! Aku mahu kita lakukan yg terbaik utk kali ini, kamu kena ingat Janji Raja Kita Raja Azazil dihadapan tuhan Penduduk Negeri HATI,Raja Azazil berjanji akan menyesatkan anak adam hingga ke hari kiamat..!! Aku mahu Misi Kita untuk hancurkan iman penduduk Negeri HATI berhasil..!!! kamu faham semua??!!”

Lalu bersemangatlah tentera-tentera tadi sambil melaungkan:

“ Kami akan berjuang menyesatkan mereka hingga mereka tunduk kepada kerajaan kita!!!”


Kini plan tindakan dibuat bagi memudahkan mereka menakluk Negeri itu,Cadangan yg diUsulkan oleh golongan Syaitan mula bercambah,lalu diatur strategi oleh laksamana Nafsu yg terkenal dgn kegagahan dan semangatnya yg tidak pernah luntur.Perbentangan strategi Penaklukan Negeri Hati dibentangkan dihadapan seluruh pimpinan tertinggi Tentera DiRaja Neraka.


Selesainya perbentangan tadi,seluruh keturunan Syaitan dan Iblis serta Nafsu turun utk bekerjasama,Angkatan Tentera DiRaja Neraka mengatur langkah,Nafsu serakah turut bersama-sama mereka bagi menawan penduduk negeri HATI..bedilan meriam mula kedengaran kembali..tembak menembak kian rancak padu..dihantar pasukan risikan utk membawa idealogi Barat,pengaruh Yahudi dan Sekutunya Amerika melalui Serangan Pemikiran..Pemikiran Penduduk Hati Mula Hancur lebur,ada dikalangan mereka mula meyerah kalah dan tunduk kepada penjajahan itu.


Setelah beberapa hari peperangan berlalu,maka banyaklah tahanan perang yg dipenjarakan..dibelai dgn hasutan berbaur kemaksiatan,diberi minum Sifat Dengki,sombong,Riak,ujub dan takabbur,diberi makan kelazatan mengumpat,mencaci,memfitnah dan khianat..pada hari berikutnya,leftenan Jeneral Pasukan tentera DiRaja Neraka memberi ucapan kepada seluruh tahanan di Negeri HATI:

“Wahai seluruh penduduk negeri ini,sedarlah bahawa kalian semua dibawah penaklukan kerajaan kami!! Sesiapa yg berani utk meninggalkan islam aku akan memberi ganjaran kepada kamu!! Ganjarannya adalah dibawa khas dari Negeri Israil dan sekutunya Amerika,kamu semua akan dihidangkan dengan hiburan-hiburan yg sudah pasti sesuai dgn jiwa kamu,kami akan berikan hadiah segala pangkat dan kekayaan yg kalian idam idamkan!! Tapi dengan syarat,kalian mesti mengikut semua arahan aku!!!!”


Penduduk Negeri HATI akhirnya termakan hasutan dan ganjaran yg diberikan,berbekalkan hati yg sudah hitam kelam,dosa yg tinggi menggunung..Iman yg kian rapuh hancur dimamah bara api maksiat,nilai-nilai Islam sudah mula ditinggalkan..Budaya barat mula diamalkan..maka KEHANCURAN yg besar telah berlaku di Negeri HATI yg asalnya dulu disirami benih iman,yg dibajai dgn baja taqwa dan mula subur mekar dgn nilai-nilai Islam.Tapi!!! akhirnya hancur lebur!!!

NANTIKAN SAMBUNGAN..BAGAIMANA PENDUDUK NEGERI HATI YG MULA SEDAR..DAN BANGKIT MENENTANG KERAJAAN SYAITAN LAKNATULLAH…OK..SELAMAT MEMBACA!!

Syabab Al-Fateh
Bercampur Baur..CUKUPLAH..


Resam hidup..mgkin selama ini kite terlalu menjaga hati org lain..sehingga akhirnya org lain tdk pernah menjaga hati kite..Argh tidak..!! perlukah semua itu?perlukah mgharapkan sesuatu drpada kebaikan yg kite buat, sesekali tidak..tidak akan pernah. Biase kite dgr “lupakanlah kebaikanmu pd org lain dan ingatlah keburukanmu pd org lain, lupakanlah keburukan org lain terhadapmu dan ingatlah keabaikan org lain terhadapmu” benar..aku tidak pernah menafikan semua itu..krn segala2nya adalah dr penilaian tuhan..krn Dialah yg mengatur setiap yg terjadi, sama ada yg baik mahupun yg buruk. Tapi benarkah aku dapat sebatikan ia ke dlm jiwa dan jasadku ini..benarkah mudah utk aku membenarkan jauh kedlm hati??


Kadang-kadang manusia ni terlalu cepat mghukum..begitu cepat mentafsir..begitu cepat menuduh. Persoalannya..Adakah kite ini begitu hebat utk mentafsir hati org lain??hebatkah kite..sahabat, pernah satu ketika dulu sahabat Nabi saw ingin membunuh seorg kafir..Nabi bersabda:mengapa kamu ingin membunuhnya sedangkan dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah?? Lalu sahabat Nabi saw menjawab: dia mengucapkan dua kalimah syahadah krn takutkan mata pedang..krn takut dibunuh olehku, Lalu baginda saw bersabda lg: apakah engkau lebih mengetahui apa yg tersirat didlm hatinya??sama ada benar ataupun palsu syahadahnya..


Jadi sahabat..cukuplah dgn duri prasangkamu itu..tutupkanlah segala apa yg bermain difikiranmu..cukuplah menuduh dan mentafsir..krn egkau adalah insan biase yg x mampu utk membaca hati ini.Engkau hanya membaca dgn akalmu yg seringkali menipu..engkau membaca dgn nafsumu yg sentiasa mengikut hembusan iblis..belajarlah utk melihat kebaikan disebalik apa yg berlaku krn Dia lebih tahu tntg dirimu..jika kau mengatakan engkau begitu hebat..buktikan dimana hebatnya engkau??


Sedangkan rezki dan ajalmu sendiri pun engkau tdk prnh tahu..dan tidak akan tahu. Apatah lg utk egkau mudah2 membaca hati manusia..Hakikat manusia adalah lupa, lupa akn apa yg didengarinya, lupa akan apa yg dilihatnya, lupa akan apa yg dilafazkan olehnya..lupa akan setiap apa yg mereka lakukan. Krn itulah perlunya sifat berlapang dada..perlunya utk kite belajar utk memaafkan..krn mgkin hari ini kamu terguris dgn apa yg dilakukan oleh sahabatmu..tp pernahkah engkau terfikir yg mgkin hari ini engkau telah mengguris hati sahabatmu..atau mgkin kamu buta??Sudahlah..engkau tidaklah hebat seperti yg engkau rasa krn engkau juga manusia sepertiku..yg punya hati dan perasaan..cukuplah dgn tafsiran melulu itu, krn bimbang engkau akan jatuh kedalam gaung prasangkamu sendiri..bimbang kamu yg akan tenggelam ked lm lautan ciptaanmu itu..Bersangka baik lah kpd manusia krn itulah benih kasih syg..


Maafkan aku jika terkasar bahase..slm ukhuwwah.

Syabab Al-Fateh

Sekadar Renungan,
“Dan siapakah yg lebih zalim drpd org yg telah diperingatkan dgn ayat-ayat Tuhannya,kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, kami akan memberikan balasan kpd org-org yg berdosa”
(As-Sajdah ayat 22)

Assalamualaikum..MySpace
hari ni aku nak kongsi sesuatu ngn korang,tapi ade satu syarat,syaratnya korang kena baca sampai habis la entry aku ni,sbb kalau korang baca separuh jalan je mgkn korang tak akan faham,pastu mulalah berprasangka songsang pd aku,hoho..Na’uzubillahi min Zalik.Apa-apa hal korang baca la dulu dgb penuh kesabaran,ala..bkn lama pon korang nk spend mase baca blog aku ni..just lam 5minit camtu je..ok..??

MySpace Letih
Letih sgt apabila memikirkan tntg diri aku,terkadang aku termenung panjang,pelbagai persoalan seakan-akan menumbuk-numbuk di benakku,persoaln yg aku sendiri pun runsing utk meleraikannya,seakan aku tertipu dgn diri aku sendiri.Tapi tak akan aku sebodoh itu utk tertipu dgn lamunan yg ntah apa-apa ni.terkadang aku bermonolog sendirian “apa la nak jadi dgn ko ni syabab,kadang-kadang aku tgk ko baik,tp knp tiba-tiba ko berubah,pastu jadi baik blk,sbnarnya ko ni baik ke jahat syabab??” seketika ku tersentak,yelah kan,aku pun tak pasti aku ni baik atau pura-pura cam baik,hipokrit.Adui..letih-letih.Ya Allah hanya Kau yg mampu meleraikan persoalan ini,bantulah aku untuk kenal siapa diri aku yg sebenar-benarnya.Antara Muslim semata-mata atau muslim yg mukmin.

MySpaceHipokrit,
“Apa yg blh aku ckp,ko mmg hipokrit syabab..!!” aku bermonolog lg.Alahai knp la aku menghukum diriku sendiri sbgai golongan yg berpura-pura.Alangkah bodoh dan jahilnya aku,membuka aib sendiri,tak ke tu nama kerja yg sia-sia?Sedangkan Islam pun melarang keras umat manusia membuka aib dan kesalahan yg dilakukannya dgn memberitahu kpd org lain.Dah la blog ni very2 open,satu dunia blh baca ko punya penulisan tau tak??,tak ke itu memalukan??Knp la ko ni bodoh sgt syabab??knp ko kata yg ko ni “HIPOKRIT”.Haha..tak lah,Don’t jugde it only by my writing ok,sabar dulu,ni aku nk citer pd korang knp aku kata yg aku ni hipokrit.

MySpacePesan Naqibku,
Dulu zaman sekolah menengah,time tu aku form4,aku ade join halaqoh(Majlis Ta’alim) yg di anjurkan oleh pihak sekolah,tp aku bertuah sgt-sgt,korang nk tahu knp??Yelah..apa ketidaknya,sume kwn-kwn satu halaqoh ngn aku sume muka cam ahli syurga,hehe.sumenya baik-baik.Apa yg pasti aku syg sgt-sgt pd diorang.Kamal,Muaz,Firdaus,Aiman,Zuhhad,Hafiz,Ehsan,Ailani,Mohsein dan Shahrir.Itu lah nama-nama yg akan aku ingat sampai bila-bila,I miss them very2 much!!.Diorang la my BFF(Best Friend Forever),Tempat aku berkongsi masalah,bercerita,berlawak bodoh dan berkongsi ilmu.Mereka sume dh hampir berjaya,sume akan sambung pengajian ke timur tengah.Aish..Lari topic la plak,ok,dah-dah syabab,tak yah la ko nk cerita sal kwn-kwn ko lak kt sini,hape ko ingat ni program jejak kasih ke dik oi??ok..Cuma korang bacalah betul-betul pesan naqib aku ni,pastu ikut suka hati jiran tetangga jawatan kuasa kampung korang la nk tafsir camne pom..

MySpaceTertekan,
Jiwaku menangis tertekan,aku tidak mampu lg untuk menghadapi semua ini,aku tidak sanggup utk terus ditikam oleh soalan-soalan yg mampu melunturkan mahmudah yg ada pd diriku ini.Aku tidak mahu digelar hipokrit krn tidak istiQomah dlm setiap tutur kata yg ku ungkapkan,aku tidak mahu dilabel sebagai golongan “ckp tak serupa bikin”sungguh,Aku runsing dan kecewa dgn apa yg terjadi.Aku mula termenung,mula mengamati kata-kata yg prnh aku dengar dulu.

“Syabab,cukuplah berpura-pura pd diri sendiri,tak payahlah hipokrit didepan Allah,kembalilah kpd fitrah kita yg sebenar,jadi la diri enta yg sebenar” Kata-kata yg cukup berbekas di hati aku.

“Mengapa abg amir ckp aku hipokrit??betul ke selama ini aku telah berpura-pura??Astarghfirullah..apa yg telah aku lakukan ni,tuhan maafkanlah aku” hatiku bermonolog sendirian.

Aku kembali bertanya “Hipokrit..?? apa yg enta maksudkan??” aku buat-buat tanya krn mahukan kepastian.

“Camni syabab,enta kena ingat bahawa kita dilahirkan dgn keadaan yg baik,dan fitrah kpd seorang manusia itu semestinya sukakan kebaikan,jika ditanya pada perompak sekalipun adakah dia mahu masuk ke syurga??sudah pasti dia mahu bkn??Jadi ini menunjukkan bahawa fitrah kita adalah cintakan kebaikan walaupun perbuatan kita tidak sama dgn apa yg kita ungkapkan” abg amir mengulas panjang.

“maksudnya??” aku kembali bertanya.

“maksudnya amat senang syabab,enta tak payahlah berpura-pura berperangai buruk,ana tahu enta sebenarnya baik,mengapa perlu berlagak jahat sedangkan fitrah kita adalah baik,akhlak yg baik akan terzahir dari hati yg suci yg sentiase berzikir mengingati Allah,manakala akhlak yg buruk itu adlah perangai syaitan yg lahir dari hati yg gersang dari mengingati Allah,jadi knp kita perlu berpura-pura berperangai buruk seperti syaitan??” terang abg amir sambil tersenyum.

Seketika lidahku kelu memikirkan apa yg dikatakan oleh abg amir,fikiranku jauh melayang sambil tersenyum hambar,mengoreksi diri.
MySpaceMySpace

Sekadar Renungan,
“Dan (alangkah ngerinya),jika sekiranya kamu melihat org-org yg berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan tuhannya,(mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami(ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan.Sungguh, kami adalah org-org yg yakin”
(As-Sajdah ayat 12)
Syabab Al-Fateh



MySpace MySpace MySpace
SAMBUNGAN..

Petang setiap hujung minggu biasanya ramai yg mengambil peluang utk beristirehat setelah seminggu bertungkus lumus menuntut ilmu,ada yg membaca buku-buku dan komik,ada yg mengemas katil dan almari masing-masing dan ada juga yg mengambil kesempatan utk turun bermain,permainan bola sepak sudah sinonim dgn pelajar di sekolah itu.Biasanya padang sekolah akan dimonopoli oleh golongan senior dan golongan junior hanya bermain di ruang kosong di tepi padang atau di tepi blok-blok kelas.Walaupun tempat untuk golongan junior bermain agak sempit dan kurang selesa, tapi itu cukup mengembirakan mereka krn dapat juga mengisi waktu petang dgn bermain bersama kawan-kawan.Seperti rakannya yg lain,Syabab juga amat meminati bola sepak,hampir setiap petang syabab turun bermain bola, tapi tidak pd petang itu,syabab terpaksa menangguhkan dulu niatnya untuk turun bermain,ini kerana Syabab mahu memersihkan dulu kotoran yg melekat pada baju sekolahnya gara-gara berebut ketika membeli makanan dikantin sekolah pagi td.Dengan bertuala putih syabab mencapai satu baldi merah yg berisi baju,sabun dan berus yg tersimpan ditepi katilnya yg agak bersepah dgn selerakan baju dan buku-buku akademik,dengan pantas Syabab berjalan bergegas ke bilik air.Untuk memudahkan kotoran dibaju hilang,syabab merendam dulu baju yg kotor itu beberapa minit sebelum membasuhnya.Jika diikutkan kata hati ingin saja syabab bergegas turun kepadang..
MySpace MySpace MySpace
“syabab, rajinnya membasuh..boleh bt menantu ni(sambil tersenyum)..enta free tak ptg ni??”seungkap soalan menyapa ditelinga syabab,syabab berpaling laju.Senyuman terukir dibibir syabab. “oh..enta kamal,ingatkan siapa td,ni hah baju kotor,takut dibiarkan lama-lama nanti susah plak nk hilang kotoran tu” Syabab terus menjawab sambil tangannya mencapai seketul sabun dan berus utk membasuh baju yg direndamnya td. “Yelh..tp mcm mana dgn soalan ana td..enta free tak ptg ni?? Ana ingat nak ajak enta pergi suatu tempat ni..itu pun jika enta nk ikut,jom la syabab” kamal kembali bertanya menunggu kepastian.Syabab terdiam kelu..niat dihati untuk turun kepadang bersama kwn-kwn yg lain tp kamal pula mengajaknya.“mm..ana ingat nk main bola nanti selepas selesai basuh baju ..mm..enta nk ajak ana pg mana?? Bunyi cam seronok je..”syabab menjawab..kelihatan muka syabab sedikit berubah kehairanan dgn pelawaan kwnnya itu.Ahmad kamal Bin Abdullah adalah antara pelajar yg dihormati dan disegani di sekolah kerana sikap dan akhlaknya yg begitu baik membuatkan ramai yg menyukainya dan mendampinginya.Kamal juga seorang yg pendiam,diam-diam ubi berisi,kamal juga antara pelajar terbaik di sekolah. Jadi tidak hairanlah jika syabab sedikit terkejut dgn pelawaan kamal td. “sbnarnya ana nak ajak enta sertai haloqoh kami,kami nak buat halaqoh bersama-sama abang amir,enta nak ikut? Jom la syabab,lagi ramai yg menyertainya lagi seronok” kamal menjawab lalu tersenyum dgn harapan agar syabab menerima ajakannya td. “tengok la mcm mana..ana tak janji,kalau ana rasa nak dtg nanti ana bgthu enta kemudian ok” Syabab menyusun kata-katanya..takut juga kamal terasa hati dengan jawapan yg dia beri.Perbualan mereka berdua terhenti disitu,kamal terus tersenyum sambil mengorak langkah keluar.Syabab kembali membasuh bajunya lalu diperah dan menjemur baju yg dibasuhya td di ampaian di belakang blok A asrama putera.Alhamdulillah siap juga,boleh la aku main plak lepas ni,bisik hati kecilnya sambil melangkah menuju ke dorm.

Haa..cerita kat atas tu la permulaan pada perubahan diri aku,tu mase aku form3..tapi korang ingat senang ke nk berubah??hidayah bkn ade jual kat supermarket pon..susah dowh..!! dah la kena tukar mcm2..xsyok la hidup kalu dh xde keseronokan..so..kalu korang nk taahu cerita seterusnya..nantikan di episode akn dtg ye..2 pon kalu korang masih lg berminat la..aku x paksa pon..ok..??
Syabab Al-Fateh



“Wahai manusia..Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah syaitan yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah (5) Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (6)”
(Surah Al-Fatir ayat 5-6)

Salam Mahabbah buat teman-teman yg amat-amat aku sayangi..
Alhamdulillah..mgkin kali ni sy nk tukar skit gaya penulisan sy dari yg berbentuk tazkirah kpd berbentuk cerita pendek yg agak “personal”,mgkn korang dh bosankan asyik2 bg nasihat cara yg sama je kan..so i take this chance to change my writing style,tp apa kena mengenanya dgn ayat quran yg sy bacakan td..ok, insyaAllah kita sama2 berkongsi rasa dan cerita dan apa kaitannya..

Kalau korang nk tahu aku dulu dr form1 hinggalah form6 duk hostel..mmg dibesarkan dihostel yg aku rase agak usang dan menyeramkan, walaupun rumah aku hanya sekankang kera je dgn tmpat aku belajar, tersangat la dekat..2minit mgkn dh sampai,sbnarnya aku tak plan pon nk masuk sekolah ni tp nk buat camne rezki tuhan hantar aku kat situ..terima jelh, syukur.Tapi aku amat bangga,korang tahu knp??sbb aku la yg first skali dtg tuk daftar pelajar baru..bkn main smgt lg ni..umah dekat je tp brg-brg yg aku bw cam nk duduk tuk selama-lamanya..hehe.

Dari sana..bermulalah kisah hidup remaja aku walaupun mase form1 aku tak matured lgsg, suare pon halus cam pompuan, tp aku dah berumur 13tahun..aish..da besar la tu.Korang nk tahu tak..dulu aku sllu kena buli, mentang-mentang la aku kecik je time tu..hidung pon beringus lg,asyik kena buli, tak tahu la knp aku yg sllu jd mangsa buli, muka aku ade chop “BULI” ke??lepas kena buli je nangis..lps nangis je trus tido,blh dikatakan hari-hari aku kena buli dan hari-hari nangis..sakit dowh..!! Mesti korang ingat aku manja..mmg la aku manja..nama pon ank bongsu..huhu
MySpace
Naik je form2..terus tunjuk belang,tak nangis dh,tp sllu jgk la gaduh ngn kwn2..dan sllu jgk kalah..memalukan je..huhu,la ba’sa bih..Cuma semakin umur aku meningkat semakin aku ingin cuba bnd baru..kalau bnd baik takpe tp ni bnd yg tak baik..mak ai..ape nk jd syabab??dulu baik je..tak kan dh besar nk jadi jahat plak??aish..ikut suke hati aku la..korang ape kisah..aku nk jadi penyamun ke,hantu ke..itu aku punya pasal la..tak de kena mengenaa langsung ngn korang..Saat tu bermula la sejarah hitam aku..walaupun tak seteruk mane tp sebagai seorang pelajar sekolah agama..ia amat-amat memalukan..tu la kecik2 tak nak mampus..!! besar2 menyusahkan org..!! mak ai..tak syg mulut ke cik abg?? kasar bahase nampak..!!
Cuba korang listkan utk aku..kesalaahan apa yg aku tak buat dulu??takpe-takpe biar aku yg tlg listkan ye..korang just bace je..jgn tertido sudah..hehe
MySpace MySpace MySpace
-Sllu tido lam kls dan sllu jgk ponteng..
-Time break blk asrama..sllu kejar mengejar ngn warden..
-Sllu jgk ponteng perhimpunan pagi n dtg lewat..
-Sllu ponteng time study ptg..mlm kdg-kdg je..
-Sllu Solat lam bilik walaupun diharamkan..(siap bt solat berjamaah dowh)
-mlm-mlm sllu jgk “FLY” pg mkn kt luar..
-Sllu je “FLY” hujung minggu..(pg festa dan konsert)
-Sllu jgk cari pasal ngn org..(bergaduh)
-Time ade majlis ilmu sllu ponteng..
-Solat pon main-main..(ramai pengacau lam bilik)
-Ni Hebat..Berpenyakt hati..(iman)
-Dan segala kesalahan yg sewaktu dgnnya..

Mak ai..waduh-waduh..byknya??mmg nk kena si syabab ni..itulah yg berlaku sehinggalah aku naik form3..tp aku x la jahat sgt,2 pon dh kira baik..tp yg hebatnya time tu aku dilantik jd “Pengawas Sekolah” aish..knp la aku terpilih??nk kata baik..tak juga..nak kata disiplin..tak juga..nk kata pandai..result sllu rndh, dh la kls last skali..kat mana agaknya cikgu tu menilai diri aku..??

Haa..Sebentar lg hidup aku mula berubah..berubah kpd kebaikan..nk tahu knp??nanti la aku sambung..aku karang byk2 pom bknnya korang larat nk bace..so aku stop disini dulu..nanti ade mase aku sambung ye..tu pon kalu korang berminat nk membace la..ok..trm kasih..alhamdulillah..maaf jika terkasar bahase..

BERSAMBUNG….
Syabab Al-Fateh

Salam satu perjuangan..
mm..dlm keadaan blur ana meneruskan jgk penulisan,walaupun idea dlm kepala ni “Zero” tp dakwah xblh tinggal,walaupun nampak cam simple je citer yg nk dikongsi tp moga2 ia menjadi saham utk kita apabila berhadapan dgnNya nanti..

So hari ni ana nk sembang bab “terpilih” atau “terpaksa dipilih”. Mmm..cth ana bg situasi adlh bila kita berpesatuan,bila tiba mase perlantikan MT dan Exco2 baru mst yg hebat2 terpilihkan?? Secara normalnya mst kita juga ingin dipilih bkn??tetapi bergantung pd niat kita juga..knp kita mahu diri kita terpilih..utk populariti ke..utk disanjung ke..utk menunjuk2 ke..ataupun krn Allah swt.

Tp cuba korang pikir..bagaimana pula keadaan bila mana kita terpilih krn time 2 dh xde org yg blh pgg jwtn 2..krn dh xde org yg sggup..akhirnya kita yg dipilih hanya krn tiada org lain utk mengisi kekosongan itu..mgkn kite terpikir knp la dulu2 bkn aku yg terpilih??knp time2 last minute baru nk suruh aku pgg jwtn 2,sikit sbyk mst xpuas hati jgk kan..mst touching punye la..tp nk bt camne org da pilih..accept jelh..(nampak cam x ikhlas je)

Wait..wait..x abih lg nih..nk kasi jwpn ni,harap korang jgn la pikir cam gitu bila brd lam situasi camtu..sebenarnya kita mst tanam dlm2 dlm hati bhw pemilihan utk pgg satu2 jwtn dlm persatuan atau organisasi adlh dipilh oleh Allah swt yg hanya diilhamkam kpd manusia..bkn manusia yg pilih..so “terpaksa dipilih time last minute” bkn la persoalan..bkn sbb utk kita tukar niat kita..xblh la main ikhlas x ikhlas sbb itu adlh amanah dr Allah walaupun kita ni pilihan terakhir..huhu..

So..ubah la cara kita berfikir..biarlah sumenya kerna Allah swt,ingat..perbuatan yg kita lakukan krn manusia bkn krn Allah merupakan syirik kecil..so berwaspada la ye.,kita mst bt yg terbaik utk amanah 2..n must Redha everytime..There r no strength n will except from permission n help from Allah.. 
Syabab Al-Fateh
PERISTIWA TENTERA BERGAJAH..
-Menurut sejarawan Islam awal seperti Ibnu Ishaq, Abrahah yang merupakan Gabenor Yaman yang berasal dari Habsyah sekarang, membangunkan sebuah gereja yang besar di Sana'a yang dkemali sebagai "Al-Qulais", dengan tujuan memikat bangsa Arab jahiliah dari terus mengunjungi Kaabah di Makkah. Gereja ini menjadi terkenal dan Abrahah cuba memikat penziarah Kaabah untuk menziarahi gerejanya. Salah seorang anggota suku Quraisy sangat marah akan hal ini dan ia pergi ke Sana'a, dan seterusnya ke gereja tersebut pada malam hari dan mengotorinya.

Abrahah kemudian mengeluarkan perintah ekspedisi penyerangan terhadap Makkah, dipimpin oleh seekor gajah (ada kemungkinan juga terdapat gajah lain) untuk menghancurkan Kaabah. Beberapa suku Arab menghadang pasukan Abrahah, tetapi dapat dikalahkan.

Seketika tentera bergajah Abrahah berada dekat dengan Makkah, Abrahah mengirim utusan yang mengatakan kepada penduduk Kota Makkah bahawa mereka tidak akan bertempur dengan mereka jika mereka tidak menghalangi penghancuran Kaabah. Abdul Muthalib, kepala suku Quraisy, mengatakan bahawa ia akan mempertahankan hak-hak miliknya, tetapi Tuhan akan mempertahankan rumah-Nya yakni Kaabah, dan ia mundur ke luar kota dengan penduduk Mekkah yang lain.

Hari berikutnya, ketika Abrahah bersiap untuk masuk ke dalam kota Makkah, maka terlihatnya burung-burung (Ababil) yang membawa batu-batu kecil lagi berapi (diriwayatkan batu-batu itu berasal dari neraka jahannam) dan melemparkannya ke pasukan Abrahah; setiap orang yang terkena pasti terbunuh, yang lain lari dengan penuh rasa kecemasan dan Abrahah sendiri pun turut cedera parah dan mati akhirnya dalam peristiwa itu.

Peristiwa ini telah berlaku pada sekitar tahun 570-571 Masihi. Namun, tahun tersebut lebih dikenali sebagai Tahun Gajah. Peristiwa serangan tentera bergajah ini turut diceritakan Allah dalam al-Quran dalam Surah Al-Fiil.
"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)". (Surah Al-Fil: ayat 1-5)

PERSOALANNYA DISINI..KENAPA ALLAH SWT TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA KEPADA ZIONIS??
-Para sahabat yang ana kasihi sekalian..Cuba kamu berfikir sejenak,kenapa Allah swt tidak menurunkan saja burung Ababil atau bala tenteraNya yang nyata untuk menghancurkan yahudi?? Bukankah itu lebih mudah?? Sedangkan itu amat mudah bagi Allah swt yang Maha Kuasa untuk menghancurkan Zionis..

HIKMAH DAN ASBABNYA..
-Disini dapat kita lihat dan imbas kembali sejarah dulu..tahun Gajah..pada saat dan ketika itu manusia semuanya berada pada ZAMAN JAHILIAH..tidak seorang pun yang beriman kepada Allah swt,demi menjaga kaabah dari dimusnahkan dan untuk memberi amaran dan peringatan kepada kaum kafir bahawa Allah lebih berkuasa dari mereka,Allah swt telan menurunkan tenteraNya berupa Burung Ababil seterusnya melemparkan batu dari neraka untuk menghancurkan tentera bergajah itu..Cuba sahabat fikirkan..macam mana untuk memperjuangkan islam dan mempertahankan kaabah jika pada saat itu tiada yang beriman kepada Allah swt..

JAWAPAN MENGAPA ALLAH SWT TIDAK MENURUNKAN TENTERANYA KEPADA ZIONIS DAN SEKUTUNYA..
-Jawapan ini ana tulis mengikut apa yang ana dapat semasa menghadiri satu kuliah subuh,kenapa Allah tidak melakukan perkara yang sama kpd yahudi sekarang..kenapa tidak dihancurkan secara terang-terangan seperti hancurnya tentera abrahah?? Ini adalah kerana Allah swt ingin melihat bukti Iman dan Islam umat islam pada akhir zaman,jika dulu umat Islam terlalu sedikit tetapi sekarang umat Islam ada di seluruh pelusuk dunia.Di Amerika,afrika,mexico,china dan diserata dunia..So apakah umat Islam seramai ini hanya berdiam diri ketika mendengar yahudi semakin zalim dan angkuh??apakah cukup hanya berpeluk tubuh??Di mana pemimpin2 Islam ketika ini??apakah memadai hanya merasa kasihan dan mengutuk israil??Jika Di Iraq,Palestin,Afganistan umat Islam berjuang bermati-matian berperang..tapi kita di tanah air??Relakah kita pergi berjuang demI ISLAM??Tetapi TIDAK MUSTAHIL akan datang Allah akan memberi Azab kepada yahudi secara terang-terangan..

SEDARLAH WAHAI UMAT AKHIR ZAMAN..
-Perjuangan Islam tidak akan selesai selagi syurga kita tidak temui..Saudara kita disana berjihad menghancurkan zionis laknatullah,akan tetapi kita disini hanya lalai dan leka dengan hidup.Makan..Minum..Main..Sembang..Asyik dengan hiburan2..Terleka dengan social networking dengan perkara yg melalaikan..Sibuk mengejar Dunia..Layakkah kita mengaku kita umat islam??layakkah kita mengaku Muhammad saw Rasul kita??Berhakkah kita untuk mendapat syurga Allah??Ayuh kawan2..kita berubah..Demi Islam tercinta..Berdoalah di sepertiga malam untuk kemenangan islam..sokonglah perjuangan Islam..jika kita terlalai..jadikan hari ini satu semangat yg baru untuk menjadi umat Islam yang terbaik..!! Salam Perjuangan..AllahuAkbar!!!
Syabab Al-Fateh

Wahai insan Allah kamu akan berhijrah ke Alam baru iaitu Alam Akhirat, kamu akan dihadapkan pada Sang Penguasa di hari pembalasan serta para Malaikatnya dan Rasul-Rasulmu turut serta. Apabila kamu disoal atau ditanya, jawablah dengan betul lagi benar, jangan sesekali Sifatnya sendiri yang menjawab persoalan, kelak kamu akan terseksa, kerana kamu masih berbohong di hadapan yang berkuasa. Janganlah kamu takut apabila berada disana, kerana Rasulmu turut ada. Mengakulah semata-mata benar, mengakulah semata-mata salah, andai yang salah kamu masih tidak akui, ketahuilah olehmu, maka Sifat Tuhan mu, yang nyata pada mu, yang akan membuat pengakuannya, maka binasalah dirimu kelak, Tangan akan bebicara, Mata akan berbicara, Telinga akan berbicara, Kaki akan berbicara, Kemaluan akan berbicara, Mulut akan akui, maka bertambah sengsaralah diri mu, berbohong di hadapan yang berkuasa, maka sayulah hati Rasul mu.

Wahai mahkluk yang bernama Insan, wahai Insan yang bernama Hamba, wahai Hamba yang bernama Manusia, wahai Manusia yang diberi Nama, ingatlah dengan Rasulmu, setiap soalan dijawab satu-persatu semasa di Dunia, semasa Sendiri, semasa Sunyi, semasa Sepi, semasa Gembira, semasa Duka, semasa dengan Dia, semasa Denganya, semasa dengan Mereka, semasa dengan Semua, semasa dengan Kamu, semasa dengan Ku, berkata benarlah engkau wahai Manusia yang bernama, ini kerana segala kelakuan engkau didunia dikira, perhitungan yang sangat lama, kesalahan kecil di Ungkit semula, tiada amalan maka menjadi Hina, berhati-hati dan Tertib dengan Agama Syurga tempatnya.

Wahai Manusia yang diberi nama, kamu akan melalui Ambang Kiamat yang Dashyat. Alam Ini, kini menanti arahan TuhanNya, kamu pula menjadi saksi yang nyata dan terus pulang ke tempat yang lapang. Tika itu kamu tiada apa-apa Keistimewaan seperti didunia, tidak berbaju tiada berpakaian, tiada Ilmu tiada Amalan, tiada Saudara tiada Kenalan, yang kau bawa adalah Dosa dan Pahala. Amalan mu didunia sudah dihitung, kelak menunggu untuk dibicara. Wahai Insan inilah akhirnya dunia dan kiamat pasti kau jumpa.

Wahai manusia yang diberi Nama, sebelum pergi Peringatan telah diberi, sebelum datang Undangan sudah sampai. Sucikan hati mu, bersihkan jiwamu, kamu sekadar Nama, Jasad pula Sifat yang esa, kelak nanti kamu tak kenal diri mu, kelak nanti kamu tak kenal Rasulmu, kelak nanti kamu tak kenal Tuhan mu. Bersihkan hatimu apabila menghadap Tuhan yang satu, kerana Hati mu kelak engkau ke Neraka, kerana Hatimu kelak engkau mendapat Syurga, pilihlah yang mana satu, jangan kau pilih tempat yang Rasul dan Tuhan mu tidak Suka, kelak engkau binasa. Semoga engkau mendapat keredhaan yang Esa, semoga engkau mendapat Pengampunan yang berkuasa, semoga Rasulmu menyebelahi dirimu, jangan kau lupa Kalimahnya, ia Rasul yang benar lagi berterima kasih. Kasihanilah Jasad mu, kasihanilah dirimu sepertimana Tuhanmu mengasihi Rasulmu.
Syabab Al-Fateh

Jap..ni bukan jiwang..baca dulu insyaAllah akan faham..Sebagai seorang muslim yang betul-betul beriman kepada Allah swt,semestinya ana mengharapkan bakal isteri ana seorang muslimah yang memperjuangkan islam,yang hidup matinya hanya kerana Allah,dan seorang muslimah yang sebenar-benarnya menjadi sayap kiri perjuangan ana,yang memahami setiap liku perjuangan yang bakal ditempuh bersama,seorang muslimah yang di malam harinya sentiase mengharapkan keampunan dan kekuatan dariNya,dan yang akan menuju ke syurga nan abadi..bagi ana,berhubung dan menaruh harapan dan perasaan sebelum adanya ikatan yang sah..sudah pasti akan melalaikan hidup ana..sudah tentu membuatkan ana begitu hina di hadapan Allah..layakkah ana digelar seorang pejuang islam jika hati masih kotor??layakkah ana untuk mentarbiah manusia jika ana sendiri yang masih bergelumang dengan dosa?? Mana mungkin hati yang ingin ditarbiah terdidik jika kita sendiri yang mempunyai hati yang bermasalah..

Carilah pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah..kerana Dialah yang mengatur kehidupan kita..kebahagiaan itu datang dari Allah,dan pasti kita yang akan merasai kebahagiaan itu,dan kebahagiaan yang akan dicapai memerlukan 1001 pengorbanan..perihal jodoh sudah ditetapkan sejal azali..tidak perlulah kita mengharap kepada sesiapa kerana itu semua adalah ujian untuk kita,perasaan adalah ujian untuk kita..insyaAllah akan datang ada yang terbaik yg telah Allah tetapkan untuk kita..Apa yang perlu sekarang yakinlah dengan Allah..laki-laki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya..InsyaAllah (^_^)
Syabab Al-Fateh


Ya Allah..
Segala puji untukMu Tuhan yg mengatur segala kehidupanku,
Tuhan yg menetapkan ajal dan mautku,
Aku bersyukur kepadaMu dengan apa telah engkau berikan kepada aku,
Segala nikmat yg Engkau berikan kepada aku cukup membuktikan betapa Engkau kasih terhadap diriku,
Setiap helaan nafasku ini cukup membenarkan Engkaulah Ar-Rahman..

Ya Ghafur..
Didalam kekerdilan diriku ini..didalam kehinaan diriku ini..jua kedhaifan aku sebagai seorang hamba..aku datang kepada Mu Tuhan..
Aku pohon..aku rayu..aku mengadu kepadaMu Ya Robb agar Engkau mendengar luahan hatiku ini..Kerana aku tahu hanya Engkau yg mampu menghilangkan keresahan hati ini kerana Engkaulah Tuhanku..

Ya Muhaimin..
Aku tahu Engkau tidak akan menguji aku apa yg tidak aku terdaya,
Namun aku tidak mampu untuk bertahan lagi,
Aku tidak sanggup diuji dengan ujian yg telah Engkau berikan kepadaku,
Bukan aku tak redha..tapi aku hanya ingin mengadu kepadaMu..

Ya Rahman..
Aku tahu aku diuji dengan perasaanku..aku lemah Ya Allah..
Aku diuji dengan perasaanku sendiri..
aku tertipu dengan khayalan yg aku angan-angankan..
aku tertipu dengan impian yg aku cipta..
aku tertipu dengan harapan yg aku bina selama ni..
Tuhan..kurniakanlah aku kekuatan..

Ya Rahim..
Aku pohon Ya Allah..
Berikan aku ketabahan..
Berikan aku kesabaran..
Aku tak mampu lagi Ya Allah..
Haruskah aku bersedih kerana ini..
Perlukah ku tanggung semua ini Ya Allah..
Berikanlah aku jalan peyelesaian yg terbaik Ya Allah..
Agar aku bisa tersenyum kembali..Amin Ya Robb..
Syabab Al-Fateh

Ikatan ukhuwah yang paling rendah adalah salamatus sodri (lapang dada) manakala kemuncaknya adalah ithar (melebihkan sahabat dari diri sendiri). Kebencian tidak akan dapat dipadamkan dengan kebencian, begitu juga emosi tidak mungkin dapat dikawal dengan emosi . Ramai orang lebih suka untuk difahami, tapi berapa ramai orang yang sudi untuk memahami. Begitu juga ramai orang yang lebih suka menerima daripada memberi, ramai juga yang kerjanya hanya menunggu daripada memulakan sesuatu. Sebab itulah adakalanya kita begitu cepat menghukum orang lain dengan melihat satu aspek sahaja dan kurang memerhatikan aspek yang lain (tasawwur yang sebenar). Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan, tapi janganlah dengan sebab kekurangan kita menjadikannya sebagai peluru untuk menyerangnya sehingga menghijab segala kebaikannya hanya kerana kita ingin menang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...