Syabab Al-Fateh

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Sekadar Renungan,
“Ia Iblis berkata: Ya Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka diBumi,dan aku akn menyesatkan mereka semua”

Surah Al-Hijr: ayat 39

Bermulanya kisah ini apabila Sang Hati sudah mula Jauh dari Sang Pemilik Hati,angkatan tentera di negeri “Titik Hitam” mula menjajah NEGERI yg diberi nama HATI..Lalu bermula lah peperangan antara Sang hati dengan Angkatan Tentera Negeri TITIK HITAM itu yg diketuai oleh Jeneral En.Syaitan,dibawah pimpinan angkatan tentera DiRaja Neraka yg dikendalikan oleh Leftenan Jeneral En.Iblis laknatullah,turut bersama mereka Leftenan Muda Yahudi dan sekutunya Sarjan Amerika,Maka masing-masing mula bergerak,mongorak langkah bersama menjayakan MISI MENGHANCURKAN IMAN di seluruh penduduk Negeri HATI.


Dentuman meriam mula kedengarah kuat.. BOOM!! Kini bnermulalah siri Penjajahan di Negeri HATI, Jeneral Angkatan Tentera DiRaja Neraka mula memberi ucapan kepada tentera-tenteranya:

“ Kamu dengar semua..!! Aku mahu kita lakukan yg terbaik utk kali ini, kamu kena ingat Janji Raja Kita Raja Azazil dihadapan tuhan Penduduk Negeri HATI,Raja Azazil berjanji akan menyesatkan anak adam hingga ke hari kiamat..!! Aku mahu Misi Kita untuk hancurkan iman penduduk Negeri HATI berhasil..!!! kamu faham semua??!!”

Lalu bersemangatlah tentera-tentera tadi sambil melaungkan:

“ Kami akan berjuang menyesatkan mereka hingga mereka tunduk kepada kerajaan kita!!!”


Kini plan tindakan dibuat bagi memudahkan mereka menakluk Negeri itu,Cadangan yg diUsulkan oleh golongan Syaitan mula bercambah,lalu diatur strategi oleh laksamana Nafsu yg terkenal dgn kegagahan dan semangatnya yg tidak pernah luntur.Perbentangan strategi Penaklukan Negeri Hati dibentangkan dihadapan seluruh pimpinan tertinggi Tentera DiRaja Neraka.


Selesainya perbentangan tadi,seluruh keturunan Syaitan dan Iblis serta Nafsu turun utk bekerjasama,Angkatan Tentera DiRaja Neraka mengatur langkah,Nafsu serakah turut bersama-sama mereka bagi menawan penduduk negeri HATI..bedilan meriam mula kedengaran kembali..tembak menembak kian rancak padu..dihantar pasukan risikan utk membawa idealogi Barat,pengaruh Yahudi dan Sekutunya Amerika melalui Serangan Pemikiran..Pemikiran Penduduk Hati Mula Hancur lebur,ada dikalangan mereka mula meyerah kalah dan tunduk kepada penjajahan itu.


Setelah beberapa hari peperangan berlalu,maka banyaklah tahanan perang yg dipenjarakan..dibelai dgn hasutan berbaur kemaksiatan,diberi minum Sifat Dengki,sombong,Riak,ujub dan takabbur,diberi makan kelazatan mengumpat,mencaci,memfitnah dan khianat..pada hari berikutnya,leftenan Jeneral Pasukan tentera DiRaja Neraka memberi ucapan kepada seluruh tahanan di Negeri HATI:

“Wahai seluruh penduduk negeri ini,sedarlah bahawa kalian semua dibawah penaklukan kerajaan kami!! Sesiapa yg berani utk meninggalkan islam aku akan memberi ganjaran kepada kamu!! Ganjarannya adalah dibawa khas dari Negeri Israil dan sekutunya Amerika,kamu semua akan dihidangkan dengan hiburan-hiburan yg sudah pasti sesuai dgn jiwa kamu,kami akan berikan hadiah segala pangkat dan kekayaan yg kalian idam idamkan!! Tapi dengan syarat,kalian mesti mengikut semua arahan aku!!!!”


Penduduk Negeri HATI akhirnya termakan hasutan dan ganjaran yg diberikan,berbekalkan hati yg sudah hitam kelam,dosa yg tinggi menggunung..Iman yg kian rapuh hancur dimamah bara api maksiat,nilai-nilai Islam sudah mula ditinggalkan..Budaya barat mula diamalkan..maka KEHANCURAN yg besar telah berlaku di Negeri HATI yg asalnya dulu disirami benih iman,yg dibajai dgn baja taqwa dan mula subur mekar dgn nilai-nilai Islam.Tapi!!! akhirnya hancur lebur!!!

NANTIKAN SAMBUNGAN..BAGAIMANA PENDUDUK NEGERI HATI YG MULA SEDAR..DAN BANGKIT MENENTANG KERAJAAN SYAITAN LAKNATULLAH…OK..SELAMAT MEMBACA!!

1 Response
  1. mawarberduri Says:

    masyaAllah da mcm cerita cerpen kanak2. bole laa print out bg cucu ana bc nt


Post a Comment

comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...