Syabab Al-Fateh
PAHALA BERTUKAR DOSA?
-Solat 5 waktu adlh ibadat yg wajib,dan sesiapa yg menunaikannya mndapat pahala dan meninggalkannya merupakan dosa besar.tetapi pernahkah kamu semua mendengar atau terbaca yg solat boleh memasukkan kita kedalam neraka??Em..solat yg dikatakan boleh menyebabkan kita ke neraka adalah bg siapa yg menunaikan solat tanpa ilmu,solat tanpa cara yg betul dan solat hanya sekadar rutin harian.Tidak menunaikan solat hanya kearana Allah S.W.T. maka disitulah silap kita yang sbnarnya. Cuba kita lihat pada diri kita sendiri adakah solat kita selama ini diterima oleh Allah ataupun sekadar amalan yang sia-sia lantaran kita tidak menunaikan solat dengan cara yang betul.


APA KAITAN SOLAT DAN BELAJAR ATAU BEKERJA???
-Jika solat merupakan perkara yang rumit untuk dinilai antara ibadah yang sohih atau ibadah yang mendatangkan dosa kepada kita apatah lagi untuk kita merealisasikan belajar dan bekerja sebagai ibadah disisi Allah. Persoalannya disini, apakah cara umtuk kita menjadikan belajar dan bekerja sebagai ibadah??
-Pertamanya marilah kita muhasabah kembali apakah kesalahan yang kita lakukan ketika mana kita belajar dan bekerja:
(a) niat kita hanya sekadar keduniaan.
(b) matlamat yang tidak jelas
(c) kita tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
(d) kita lebih mengutamakan urusan keduniaan brbanding urusan akhirat
(e) kita tidak menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan makhluk.


CARA AGAR PERKARA DUNIA BERUPA IBADAH DISISI ALLAH
(a) niat kita mestilah untuk mendapat Redha Allah.
(b) matlamat kita mestilah untuk mencari ilmu yang berkat dan rezeki yang halal
(c) menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
(d) meletakkan akhirat ditingkat yang paling atas.
(e) menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama makhluk
Syabab Al-Fateh


DALIL BERAGAMA DGN AGAMA YG SAHIH..
Firman Allah SWT dlm surah ali-Imran:19 :
“Sesungguhnya Agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam”

Firman Allah SWT dlm surah Ali-Imran:85 :
“Dan sesiapa yg mencari Agama selain Agama islam,maka tidk akan diterima drpdnya,dan ia pd hari akhirat kelak dr org2 yg rugi”

- Persoalannya disini mengapa ramai diantara penganut agama islam sendiri yg berpecah-belah dan berpuak?? Ini adlh krn mereka berselisih dalam memahami Islam dan Aqidah yg sebenar yg telah dibawa oleh Rasulullah SAW.So dlm soal ini kite mesti bijak dalam memilih jalan yg betul agar segala amal ibadat dan perjuangan kite tdk tersasar dan tersalah haluan.

ISLAM YG SYUMUL..
“Islam adlh suatu system yg meliputi segala bentuk fenomena kehidupan.Islam merupakan Negara dan tanah air atau kerajaan atau umat.Ia merupakan akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan,kebudayaan dan undang2 atau ilmu dan kehakiman,material dan harta benda atau usaha dan kekayaan,jihad dan dakwah atau ketenteraan atau fikrah sepertimana ia juga adalah aqidah yg benar dan ibadah yg sahih,tanpa ada perbezaan”(As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)

-Ramai dikalangan kita skrg yg hanya melihat islam hanya pd satu sudut,dan apabila kita membawa islam kpd sifat keduniaan kita dianggap melakukan bid’ah dan juga apabila kita mmbawa masuk kedalam Islam sesuatu yg tiada kaitan dgn Islam seperti ekonomi,muamalah,pendidikan dan politik atau lain2 urusan berbentuk keduniaan,.Ayuh sahabat2 ku keluarkan dirimu dari belenggu kejahilan..Binalah satu kekuatan untuk merealisasikan islam walau dgn apa cara sekali agar kalimah “LA ILAHA ILLALLAH” tertegak di muka bumi ini,usah sempitkan pemikiran kita,lihatlah jauh kehadapan..Pilih yg terbaik!!

CERITA “ANTARA GAJAH DAN ORANG BUTA”
Diceritakan bahawa sekumpulan org buta bertemu dgn seekor gajah laLu mereka ingin mengenalinaya,salah seorang drpd mereka terpegang kaki gajah lalu mengatakan bahawa gajah seperti batang pokok kayu,seorang lagi memegang telinga gajah lalu mengatakan bahawa gajah itu seperti kipas,seorang lagi memegang ekor gajah lalu mengatakan bahawa gajah itu seperti tali.Mereka terus berselisih dan bertengkar sehinggalah datang seorang lelaki yg celik,ia berkata: “Wahai saudaraku sekalian!! Sebenarnya gajah itu adlh sebahagian yg tidak kamu sebutkan.Setiap anggota itu berada pd satu objek yg lengkap.Setiap satu anggota berada di tempatnya yg sesuai dan mempunyai peranan yg tersendiri untuk kebaikkan objek itu seluruhnya..

-So,dapat sy simpulkan dr kisah ini,kita perlulah memahami islam secara sepenuhnya dan dan mengambil semuaq yg ada pd Islam,tidak boleh jika kita amal separuh dan meninggalkan separuh lagi..Firman Allah SWT: “Wahai org yg beriman,masuklah kamu kedalam Islam dengan sepenuhnya” jangan menjadikan diri kita sebagai seorang yg munafiq,berpura dgn Allah SWT.
Syabab Al-Fateh

Pernahkah sahabat2 terfikir apa yang sebenarnya yang membawa kita kpd kebenaran atau kebatilan??Antara IMAN,AKAL,SYAITAN dan NAFSU kita,apakah Iman yang mengawal hati dan perbuatan kita??Adakah Akal yang merasionalkan segala perilaku kita??Atau Syaitan yang mengusai minda dan hati kita??Atau nafsu yang kita turuti??Pernahkah sahabat2 mendengar satu lagu drpd Hijjaz “Pandangan mata selalu menipu,pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu,pandangan hati itu yang hakiki jika hati itu bersih” haa..disitu dapat kita simpulkan yang mana HAK dan mana yang PALSU,yang mana PERMATA dan yang manA KACA.Firman Allah SWT dalam Al-Quran : “Kita Adalah pemimpin,dan kita akan disoal dengan apa yg kita pimpin”.We are Born To Be a Leader,siapa kita??Kita adalah Khalifah atau dlm kata lain kita adalah Pemimpin.Yg paling penting dan paling utama adalah Pemimpin kpd diri kita sendiri.Setiap apa yg ada pd diri kita,segala apa yg kita lakukan semuanya akn disoal oleh Allah SWT kelak,so dalam memimpin diri kita..Iman dan akal lah yg memainkan peranan yg paling utama dalam mengawal dan memimpin kita kearah kebaikan.Syaitan hanya memberi cadangan agar melakukan kemaksiatan,dan nafsu yg menyucuk kita agar tekad untuk melakukan kejahatan itu,so apakah kita mahu menjadi hamba kpd Syaitan dan nafsu kita dengan melakukan segala hasutannya??Dimana kita meletakkan 2Kalimah Syahadah kita..Dimana kita simpan Iman dan Islam kita..Dimana bukti kita mengaku Allah itu Satu dan Rasulullah itu pesuruhNYA..DiMana Kita Meletakkan Semua Itu??? Ayuh sahabat2ku..tewaskan Syaitan dan Nafsumu,agar dirimu sentiase terpimpin dengan Cahaya dr Tuhanmu..Fikir2kanlah..
Syabab Al-Fateh


Bermulanya cetusan idea "Path Of The Evolusion Da'ie" dengan membawa matlamat yang satu "La ilaha illallah Muhammadarasulullah" dengan harapan membawa kepada evolusi Syababulislam..insya Allah Taala,dan aku dan sahabat2 akan memperjuangkan Islam sepenuh jiwa dan raga kami!! "kamu tolong agama Allah,pasti Allah akan menolongmu"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...