Syabab Al-Fateh



“Wahai manusia..Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah syaitan yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah (5) Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (6)”
(Surah Al-Fatir ayat 5-6)

Salam Mahabbah buat teman-teman yg amat-amat aku sayangi..
Alhamdulillah..mgkin kali ni sy nk tukar skit gaya penulisan sy dari yg berbentuk tazkirah kpd berbentuk cerita pendek yg agak “personal”,mgkn korang dh bosankan asyik2 bg nasihat cara yg sama je kan..so i take this chance to change my writing style,tp apa kena mengenanya dgn ayat quran yg sy bacakan td..ok, insyaAllah kita sama2 berkongsi rasa dan cerita dan apa kaitannya..

Kalau korang nk tahu aku dulu dr form1 hinggalah form6 duk hostel..mmg dibesarkan dihostel yg aku rase agak usang dan menyeramkan, walaupun rumah aku hanya sekankang kera je dgn tmpat aku belajar, tersangat la dekat..2minit mgkn dh sampai,sbnarnya aku tak plan pon nk masuk sekolah ni tp nk buat camne rezki tuhan hantar aku kat situ..terima jelh, syukur.Tapi aku amat bangga,korang tahu knp??sbb aku la yg first skali dtg tuk daftar pelajar baru..bkn main smgt lg ni..umah dekat je tp brg-brg yg aku bw cam nk duduk tuk selama-lamanya..hehe.

Dari sana..bermulalah kisah hidup remaja aku walaupun mase form1 aku tak matured lgsg, suare pon halus cam pompuan, tp aku dah berumur 13tahun..aish..da besar la tu.Korang nk tahu tak..dulu aku sllu kena buli, mentang-mentang la aku kecik je time tu..hidung pon beringus lg,asyik kena buli, tak tahu la knp aku yg sllu jd mangsa buli, muka aku ade chop “BULI” ke??lepas kena buli je nangis..lps nangis je trus tido,blh dikatakan hari-hari aku kena buli dan hari-hari nangis..sakit dowh..!! Mesti korang ingat aku manja..mmg la aku manja..nama pon ank bongsu..huhu
MySpace
Naik je form2..terus tunjuk belang,tak nangis dh,tp sllu jgk la gaduh ngn kwn2..dan sllu jgk kalah..memalukan je..huhu,la ba’sa bih..Cuma semakin umur aku meningkat semakin aku ingin cuba bnd baru..kalau bnd baik takpe tp ni bnd yg tak baik..mak ai..ape nk jd syabab??dulu baik je..tak kan dh besar nk jadi jahat plak??aish..ikut suke hati aku la..korang ape kisah..aku nk jadi penyamun ke,hantu ke..itu aku punya pasal la..tak de kena mengenaa langsung ngn korang..Saat tu bermula la sejarah hitam aku..walaupun tak seteruk mane tp sebagai seorang pelajar sekolah agama..ia amat-amat memalukan..tu la kecik2 tak nak mampus..!! besar2 menyusahkan org..!! mak ai..tak syg mulut ke cik abg?? kasar bahase nampak..!!
Cuba korang listkan utk aku..kesalaahan apa yg aku tak buat dulu??takpe-takpe biar aku yg tlg listkan ye..korang just bace je..jgn tertido sudah..hehe
MySpace MySpace MySpace
-Sllu tido lam kls dan sllu jgk ponteng..
-Time break blk asrama..sllu kejar mengejar ngn warden..
-Sllu jgk ponteng perhimpunan pagi n dtg lewat..
-Sllu ponteng time study ptg..mlm kdg-kdg je..
-Sllu Solat lam bilik walaupun diharamkan..(siap bt solat berjamaah dowh)
-mlm-mlm sllu jgk “FLY” pg mkn kt luar..
-Sllu je “FLY” hujung minggu..(pg festa dan konsert)
-Sllu jgk cari pasal ngn org..(bergaduh)
-Time ade majlis ilmu sllu ponteng..
-Solat pon main-main..(ramai pengacau lam bilik)
-Ni Hebat..Berpenyakt hati..(iman)
-Dan segala kesalahan yg sewaktu dgnnya..

Mak ai..waduh-waduh..byknya??mmg nk kena si syabab ni..itulah yg berlaku sehinggalah aku naik form3..tp aku x la jahat sgt,2 pon dh kira baik..tp yg hebatnya time tu aku dilantik jd “Pengawas Sekolah” aish..knp la aku terpilih??nk kata baik..tak juga..nak kata disiplin..tak juga..nk kata pandai..result sllu rndh, dh la kls last skali..kat mana agaknya cikgu tu menilai diri aku..??

Haa..Sebentar lg hidup aku mula berubah..berubah kpd kebaikan..nk tahu knp??nanti la aku sambung..aku karang byk2 pom bknnya korang larat nk bace..so aku stop disini dulu..nanti ade mase aku sambung ye..tu pon kalu korang berminat nk membace la..ok..trm kasih..alhamdulillah..maaf jika terkasar bahase..

BERSAMBUNG….
10 Responses
  1. Sesungguhnya hakikat hidup takkan berubah, yang kena ubah ialah diri kita.Dulu naqib ana selalu pesan, semua orang ada kisah hitam, tapi bila dah mulakan langkah nak berhijrah, jgn dilupakan perkara yg lalu, kerana kisah itulah yg mengajar kita pada hari ini. dan dia juga berpesan, fikir baik2 jika nak ceritakannya pada orang lain, kerana Rasulullah SAW melarang kita untuk membuka aib sendiri pada orang, akan tetapi jika niat kita untuk memberi pengajaran pada yang mendengar, dibolehkan.biarlah orang nak kata apa pun, kerana yg memulkan langkah ialah kita, jadi sebagai dai'e, telinga kenalah sentiasa tebal, dada perlu sentiasa lapang.-sekadar perkongsian pendapat..


  2. Alhamdulillah..respon yg agak baik,trm kasih atas pandangan yg diberi..sebetulnya mmg niat ana ingin memberi pengajaran kpd yg mebacanya..cuma itu zaman ana muda2..belasan tahun yg masih x mampu utk membezakan antara buru dan baik..mm..so apa yg ana perlu bt skrg??adakah perlu delete??minta pandangan..


  3. Bagi ana, teruskan penulisan nta dgn penuh hikmah..moga ramai lagi sahabat2 kita di luar sana yg sdg mencari2 akan menemui sinar hidayah dlm penulisan nta...cuma ana nak sertakan satu dalil untuk mensahihkan hujah ana diatas, shbt ana 'mawar' juga pernah membri pandgn yg sama sewaktu dia ingin berkongsi pengalaman hidupnya dgn mad'u-mad'u nya..Alhamdulillah..ianya membuahkan hasil..anggaplah kisah ust ni sbg satu cara tuk memberi kefahaman bg sahabat kita di luar sana...sampaikanlah dgn penuh hikmah, InsyaAllah..

    "Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla."
    - (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)


  4. syukran..pe maksud "Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla." ??
    blh tlg huraikan..maaf menyusahkan..


  5. "Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla."

    potongan ayat ini menghuraikan tentang hukum hudud, kerana salah satu sifat/ciri hukum hudud ini ialah, hendaklah ia dijatuhkan kepada sesiapa yang melakukan jenayah secara terbuka..iaitu kesalahan yg dilakukan diketahui atau disaksikan oleh orang ramai.

    secara keseluruhan hadis ini menghuraikan, jika telah berbuat maksiat di masa lampau, tidak perlulah jujur beritahu kepada orang...Allah SWT sudah tutup dosa-dosa kita dari pengetahuan orang lain, jadi, biarkan sahaja tanpa perlu diungkit lagi.


  6. Sebagai tambahan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpaling sebanyak empat kali daripada orang yang datang mengaku bahawa dia telah berzina. Berdasarkan sikap Rasulullah tersebut, dapat dirumuskan bahawa:

    Berpalingnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan baginda tidak suka mendengar pengakuan orang yang telah berzina.

    Dalam ertikata lain, sesuatu yang telah berlaku secara tertutup, biarlah ia tertutup. Baginda bersabda, maksudnya: “…sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah…”

    Orang yang melakukan jenayah tidak dianjurkan kepadanya untuk melapor kepada pihak penguasa. Sebaliknya hendaklah dia bertaubat, sebagaimana lanjutan hadis di atas: “…hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah…” Kembali kepada kes orang yang mengaku berzina kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dikhabarkan bahawa ketika sedang direjam, beliau melarikan diri kerana tidak tahan sakit. Salah seorang sahabat sempat mengejar beliau dan memukulnya sehingga mati dengan seketul tulang unta.

    Peristiwa ini kemudiannya dikhabarkan kepada Rasulullah. Baginda bertanya: Kenapa tidak dibiarkan dia, mungkin dia bertaubat dan Allah menerima taubatnya.[6]

    Seseorang yang mengetahui berlakunya sesuatu jenayah juga tidak dianjurkan melaporkannya kepada pihak penguasa. Sebaliknya hendaklah dia memberi nasihat dan teguran kepada yang melakukannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat.[7]

    semoga hujah ini dpt menjawab pertanyaan tersebut..


  7. Alhamdulillah terjawab..syukran jazilan ya ukhti,ana menerimanya dgn hati yg terbuka..manusia mana yg mahukan aib dan kesalahan yg dilakukannya diketahui oleh org lain kan..cuma disini ana ingin berkongsi pengalaman..dgn hanya satu tujuan..iaitu ingin memberi kesedaran kpd yg lain agar tdk melakukan spt yg tlah ana bt dulu..utk memberi pengajaran..bolehkah jika begitu??minta pandangan..


  8. seperti yg ana katakan diatas..sampaikanlah dgn penuh hikmah..insyaAllah tak ada salahnya jika semua bergantung pada niat..sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui.


  9. mawarberduri Says:

    masya Allah bertambah ilmu ana bc perkongsian hadith dari C.S.

    shbt ana C.S, syukran ana ucapkan krn sntiasa disisi no matter my dark side or my bright side. dan syukran juga krn SENTIASA bsangka baik pd shbt2 nti. alhamdulillah.

    bt syabab, ana yakin bukanlah nta mahu directly say to the world, look-this-was-me-and-im-bad-ppl-at-the-past. melainkan kami yakin nta mahu mberi pgjrn bhwa hidayah Allah itu Dia beri tnpa mengira siapa, termasuklah kpd pnejenayah sekolah sdiri.

    mohon mf jika ad sala silap.


  10. Anonymous Says:

    salam...kisah yg menarik dan bnyk info n hikmah di sebalik setiap pengalaman...bleh smbg lg kisah seterusnye apa yg belaku setrusnye?


Post a Comment

comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...